Monday, September 12, 2011

Sudah Tiga Tahun Rupanya

"Apabila menjejakkan kaki di Bumi Waqafan, kita umpama biji benih..dan ianya akan berkembang menjadi beberapa keadaan..

1) Layu di sini, subur di luar.
2) Subur di sini, layu di luar.
3) Layu disini, layu di luar.
4) Subur di sini, subur di luar..."

Allah izin, suatu hari, aku terjumpa kata2 di atas. Di samping merindukan bumi waqafan, timbul pula persoalan di hati, yang mana satukah aku....? Mengalir laju gulungan2 filem memori di kotak ingatan. Cukup nostalgia. Wajah2 ustazahku mengajar di depan, bait2 tazkirah di musolla, suasana kelasnya, persahabatan2 yg terbina, tundukan2 pandangan muslimeen yang cukup kusegani, laungan2 takbir yang gah bergema di dewan besar serta senandung selawat ke atas nabi yang lain dari yg selalu kudengar, nasihat2 juga tangisan guru2ku suatu masa dahulu, senggukan2 di liqa' almulk yang wajib setiap malam tak kira penat mane, sebutan 'subhanallah' yg pasti kedengaran sebelum apa2 pengumuman dibuat di asrama,...teringat juga kepada kucing2 besar DM yang selalu buat aku tak senang duduk.

Ya Allah, banyaknya cerita dan kenangan yg ingin kuimbas kembali. 

Eh berapa tahun sudah kutinggalkan bumi waqafan ni? Mashaallah sudah 3 tahun!! Cepatnya masa berlalu..

Hmm, sapelah aku ni..

Bagaimana dpt kuteruskan apa yang telah kupelajari selama ini? Bagaimana untuk aku terus menghidupkan suasana bi'ah solehah di sekelilingku, tidak hanya di kalangan orang2 yang memahaminya sahaja..?? Aku sudah berpeluang merasai kemanisannya; di rumah juga, subhanallah, manisnya kemanisan bi'ah solehah itulah yang ingin, kalau boleh, aku beri seluruh umat di dunia ini rasa jugak!!

Dapatkah aku menjadi seperti benih yang subur, dicampak ke darat jadi pohon yg buahnya lebat, dicampak ke laut menjadi sebuah pulau yang menjadi tempat berteduh makhluk2 Allah?

Aku khuatir, bagaimana jika suatu hari nanti aku hilang sedikit demi sedikit..., lenyap ditelan arus dunia..Lalai begitu sahaja. Nau'zubillah ya Allah..Tatkala jauh di sini, hanya kuharap Allah beri kepada ku kekuatan serta hadiahkan aku teman2 yang soleh solehah. Jadikan juga kawan2 disekelilingku ini individu2 yang soleh solehah, yang akan mengingatkan aku tatkala aku lalai, saling bertukar2 peranan menjadi guru-pelajar.. Yang paling utama sebenarnya, aku lah yang kena jadi seorang muslimah yang solehah dan tabah...Mohon do'a dari kalian..

Allah, thabit qulubana 'ala dinik..

p/s betullah kisas ni ade lima keunikannya; Tarbiyyah, Bi'ah solehah, Teachers, Friends, Ukhwah...

1 comments:

MTD Admins said...

sangat setuju. bila dah keluar kisas ni baru terasa segala kemanisannya. apa pun yang penting diri kita ni sama ada boleh istiqamah atau tidak. ridu semuanya! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...