Thursday, November 10, 2011

Kalau Tuhan kita kenali; kasih sayang dan peranan-Nya.
Kalau Tuhan kita fahami; keagungan dan kekuasaan-Nya...

Kalau Tuhan kita rasakan, betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya, kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya..Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya..

Cintailah Tuhan, Dia adalah segalanya, korbankanlah apa sahaja kerana-Nya..

Cintakan Tuhan; cinta paling mahal. Cintakan selain Tuhan, cinta murahan.

Kalau Tuhan kita kenali,
Dialah segala-galanya..
Kalau Tuhan kita fahami,
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham tuhan ini siapa sebenarnya,
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya,
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya,
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya,
Cintakan Tuhan cinta yang abadi............

****

Betullah kita hanya akan menyayangi seseorang hanya setelah kita kenal dan pernah berjumpa dengannya. Susahkan nk suka orang yang kita tak pernah jumpe pun? Sebab tu lah, kita kena sentiasa cuba untuk mendekatiNya. Baca ayat2 cintaNya banyak2; baca dan tadabbur! Kongsi rahsia dengan Dia banyak2. Kita terlalu suka kat seorang hamba Allah tu, kita pendam dan beritahu kepada Allah sahaja. Kita rasa sangat sedih, kita nangis dan beritahu Dia sahaja. Kita terlalu gembira, kita takkan cepat2 nak beritahu seluruh alam, kita beritahu Dia sahaja. Kan best macam tu :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...