Monday, November 28, 2011

Pengorbanan

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Mengorbankan masa untuk belajar menghadapi peperiksaan demi sesuatu yang lebih tunjang. Pengisian ruhiyyah. Makanan rohani. Vitamin untuk terus sihat mengemudi bahtera melayari lautan dunia. Alhamdulillah alhamdulillah. Akhirnya, peperiksaan itu sudah selamat aku tempuhi. Dapat kurasai kelainan semangat yang ada tatkala menelaah pelajaran tempoh hari. :D

Tapi ingatlah wahai diri, semangat yang datang tu bukan hanya untuk dirasai dan dihargai tanpa ada sebarang tindakan yang dilakukan. Apa guna semangat yang tinggi bak gunung andai tidak dialirkan ke tempat yang sepatutnya. Apa guna kesedaran yang diperoleh andai disimpan untuk diri sendiri sahaja. Mungkin sahaja kita sudah selesa berada dalam kalangan rakan2 kita yang sama fikrah, selesa bergaul sesama kita sahaja sampai kita lupa akan tugas sebenar seorang da'ie..Mungkin kita terlalu bahagia berukhuwwah hingga terlupa, terleka sebentar....

Aku lihat di sebelah kiriku, seorang manusia bergelak ketawa, berhibur dengan menonton video2 lawak. Korean tv show. Sekadar menghabiskan masa katanya. Exam masih jauh, homework sudah disiapkan. Apa lagi. Aku mengalihkan pandangan ke arah kanan. seorang manusia sedang bermanja2 dengan teman lelaki di skype. Bertanya makan apa hari ini. Berkongsi masalah. Meluahkan rasa sayang tanpa segan silu.

Allah, bagaimana dapat ku beritahu kepada mereka. Mereka kawan2ku. Sahabat2ku yang disayangi.. Bagaimana dapat ku jentik rasa itu yg sedang kurasai ke dalam hati2 mereka. Kaifa nad'unnas? Ila aina nad'unnas? Ila ayyi sya'i? Baca sejenak risalah Hassan alBanna yang bertajuk 'Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia?'..

Download di sini-
sini sini

Manusia diciptakan bukan untuk bersenang2, makan, tidur. (47:12), bukan juga untuk sibuk mencintai kebendaan yang tak kekal lama (3:14), bukan juga untuk menyebarkan fitnah dan berbuat bencana atas bumi ini..(2:204-205). Apa tujuan hidup manusia? Untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa, membuat amal kebajikan, dan berjihad! (22:77-78)

Allah. Bantu aku thabat di perjuangan ini..Terlalu banyak yang perlu aku baiki. Terlalu banyak juga yang perlu aku buat.. Inshaallah I can do this. I am not alone. We are not alone. He the Almighty has promised us if we help this religion, He'll surely help and guide us. One of the evidence is the great people around me. I'm here for them, they're here for me. Mashaallah! Ma ahla hazihil ukhwah!



Credit-Misg Usa


-Biarkan obor itu terus menyala~...-

1 comments:

abid™ said...

Apakah namanya sahabat yang tidak mencintai sahabatnya, dan apakah nama cinta jika membiarkan sahabatnya ke neraka? [Hilal Asyraf]

semoga terus tsabat dlm perjuangan dan berusaha untuk mengajak yg lain :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...