Ahlan Wasahlan. Assalamualaikum ayyuhal dhuyufil kiram. :)
Selamat dtg dan salam ke atasmu wahai tetamu2ku yang dimuliakan.
Amma ba'ad.
Seterusnya.
Bermula term ini, saya memulakan langkah baru mencuba nasib bekerja di salah satu dining hall di universitiku. Mencari duit poket bukanlah tujuan utama, memandangkan net income setelah ditolak2 perbelanjaan sudah pun mencukupi. Tak lebih tak kurang. Cukup2 sahaja, just nice. Alhamdulillah saya bahagia dengan apa yang ada. Syukurlah dan sabarlah, kata ayah.
![]() |
| Ummi, minta maaf xdpt2 amik gamba nuha tgh kerja lagi. |
![]() |
| Cutting nenas in Malaysia will never be as easy as in US if u know what I mean.. :P |
Membawa Imej Islam
Sayalah pembawa imej Islam. Di mana2, bila2. Akan sentiasa kuingat. Isu pertama yang disentuh, sudah semestinya hijab. Yang seterusnya menyentuh isu social life and marriage. Isu sembelihan secara Islam juga pernah disentuh. Juga tentang tuhan. Mari saya perkenalkan watak2 di sekitar saya.
Seorang lelaki berbangsa American Black; umurnya baya2 saya saja. Bertanyakan kenapa dan mengapa saya memakai kain ini atas kepala saya. Dia rasa itu pelik sudah semestinya. Terus saya sebut alhamdulillah dlm hati, maknanya dia sudah selesa dan ade sedikit perasaan thiqah kepada saya untuk menuturkan soalan itu. Mungkin kerana senyuman2 saya setiap hari apabila terserempak dgn dia kot. Sengaja saya murahkan senyuman. Kerna sayalah pembawa imej Islam.
Seorang lelaki berbangsa American Black; umurnya baya2 saya saja. Bertanyakan kenapa dan mengapa saya memakai kain ini atas kepala saya. Dia rasa itu pelik sudah semestinya. Terus saya sebut alhamdulillah dlm hati, maknanya dia sudah selesa dan ade sedikit perasaan thiqah kepada saya untuk menuturkan soalan itu. Mungkin kerana senyuman2 saya setiap hari apabila terserempak dgn dia kot. Sengaja saya murahkan senyuman. Kerna sayalah pembawa imej Islam.
"Why are you wearing it?"
"Is it because your dad asked you to do so? He's far (in Malaysia) now, you can always take it off, he wouldn't know."
"Are you married? Can you choose who you'd marry?"
Ada juga seorang mak cik dari Phillipines yang sudah lama menetap di sini. Beliau sangat suka melihat tudung/selendang2 saya yang berwarna warni. Beberapa kali juga dia ingin tahu bagaimana saya membelit2 selendang.
"I like the way you wear it"
"I'm so gonna try it today when I got home"
Dia jugalah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan saya. Tanpa disuruh oleh sesiapa, mungkin juga kerana kami dari negara berjiran, atau memang kerana saya baik? =P, dia selalu bertanya adakah saya masih ok, dan selalu menyuruh saya minum sebentar, w'pun sy sebenarnya tak haus mana pun. Shift saya buat masa itu adalah entree/harvest. Tugas saya: mengambil & meletakkan tray baru untuk menggantikan tray makanan yang sudah habis di entrée (sebutan=ann-tray~) dan harvest bar. Selalu juga saya disalahertikan/disalahgunakan sebagai foodrunner atau counter, menyebabkan saya dilihat sebagai tidak membuat kerja. Ada pernah saya menangis sedikit kerana tensi, dan mak cik itulah yang akan menyebelahi saya. Satu lagi kebaikan beliau yg tidak dapat saya lupakan adalah dia pernah memberi saya satu roti special dia buat di rumah, Roti resepi dari Phillipines-Ensaimada namanya. Tepung+telur+gula+cheese+susu. Nyummy! :D
Fakta: pekerja boleh minum apa2 minuman dining hall dan ice cream tetapi diharamkan untuk makan.
Ada seorang lagi mak cik berbangsa Korean yang menetap lama di sini juga. Dia mempunyai seorang anak perempuan sebaya saya. Minggu pertama saya bekerja di situ, sedang saya memotong2 buah2an, tiba2 dia datang bertanyakan sekiranya saya pernah belajar Organic Chemistry. Terkejut saya dibuatnya. Saya dah lama amik subjek Orgo. Lupa2 semestinya. Ana insan, sayakun filinsan an-nisyan. Rupa2nya anak perempuannya sedang membuat homework yang due dalam masa terdekat dan meminta bantuan ibunya. Dipendekkan cerita, Allah menjadi saksi kepada suatu keadaan ini di mana seorang perempuan Muslim yg sedang memakai apron dan gloves berbau campuran antara cantaloupes, honeydews, watermelons, pineapples memegang pensel dan sekeping kertas, memerah otak melukis Lewis structures. :P
Pernah suatu hari, kami ada tersentuh bab penyembelihan. Bermula dengan kenapa saya hanya makan certain makanan. Yang halal sahaja. Kata kawan sebaya American-Black itu dan dipersetujui oleh mak cik Korean, sembelih itu seperti terlalu kejam berbanding bius+tembak. Mereka menggambarkan bagaimana lembu itu digantung terbalik kemudian dikerat lehernya. Dalam hati, saya juga teriya-iyakan. Kebetulan beberapa hari selepas itu, di Facebook ramai sahabat2 sharekan foto/video kenapa sembelihan itu method paling bagus sempena Raya Kurban. Terus saya yakin semula. Islam truly is the best!
Next term saya sudah membuat keputusan untuk tidak menyambung kerja di situ lagi. Atas sebab subjek2 kejuruteraan yang semakin mengasak, saya akan mencuba menjadi librarian pula. Tahun depan mungkin building manager mcm abg Naim pulak. Lagi lumayan tetapi memerlukan kerahan tenaga membuat kerja2 berat seperti mengangkat meja katanya. Or maybe I should consider being a front desk girl. Hmm. Everything I'm doing, I'll do it for Allah. Holding fast to the rope of Allah, that's the best bargain!
Inshaallah inshaallah.
Point utama saya, kitalah pembawa imej Islam. Di mana-mana kita berada, bila-bila masa. Bear in mind we're doing dakwah. Formally...no. Informally, automatically, unintentionally...yes. So, show the world our values: punctuality, kindness, peace, love, not racist. and more.
Cukuplah setakat ini. Wassalam.
p/s Snow started two days ago this year. (Nov 29th 11). Hmm, kinda like last yr. (Nov 26th 10)
p/s Nuur, nak bace cerita tentang apa lagi? :P


4 comments:
Eyyyh!~~ heheheheh dia tau la nuur tgh baca nie..begitu khusyuk sklie. terkejut ana. =P . nice skills of writin u've got thre.
MasyaAllah sis nuha..
It is..unspeakable.
Amazing , heheh got to talk to americans like that . i had never~ ..teruskan usaha ya~! insyaAllah kami akan terbangkan doa2 cinta dari sini...
jaga iman, jaga diri, moga Allah permudahkan!
p/s : nuur dah start sem, agak busy skrg nie. mohon tembakan doa jua.
Assalamualaikum! <3 <3 <3
Urmm i wannnaa . donoe,but, but please tell me everything about yr life thre. tgh curios sgt2 nie. hehe. vergy intereshtink :) nnti free i would read it. very nice blog. ngeh2. ^__^
haha. cik nuur XD
ok2 tembakan doa akan dilepaskan setiap hari 5 kali inshaallah <3 silakan membalas tembakan2 akak juge ye! hee
huhu gracias. syuk2ran2~ X)
insha Allah~! tembakan akan dibalas dengan tembakan yg lebih bnyk~ hehek <3 Salam~!
Post a Comment